Sunday, August 24, 2014

Pasar Loken Ipoh



Pagi Ahad ni aku dan Fadly Sabran pergi ke (Pasar) Loken. Sebutannya, "Low Kane". Fadly Sabran memang seorang "avid visitor" (Pasar) Loken ni, sebab dia memang pengumpul barang - barang antik, vintaj dan "rare" (selalunya dia kumpul televisyen, radio & alat muzik) untuk dijadikan "artwork" seni halusnya.

Aku pulak saja ikut, sebab dah lebih 10 tahun tak menjejakan kaki ke Loken ni (orang lokal sebut Loken, tak sebut Pasar Loken). Saja nak melayan mata melihat variasi barang - barang yg dilambak dekat sini setelah sekian lama. Loken sekarang juga dinamakan sebagai "Memory Lane". Benda yang sama, jangan "confuse".

Loken ni bermula pada seawal jam 7 pagi sehingga tengahari, dan itu antara punca terbesar aku lama tak pegi. Sebab sebelum ni, "mind set" aku, pagi Ahad adalah sangat rugi untuk bangun awal. Teruk betul, biasalah dulu masih remaja, tidur lambat, bangun pun lambat. Loken ni terletak di Jalan Horley berdekatan Kompleks Yik Foong.

Jadi, pukul 8:15 pagi aku bertolak dari Seri Iskandar menuju ke rumah Fadly Sabran di Pusing. Aku "park" kereta di rumah Fadly Sabran, dan kami berdua menuju ke Ipoh (Loken) naik kereta Perodua Viva kepunyaan isteri beliau.

Bawah ni antara gambar - gambar yang sempat aku "snap" semasa di Loken.
Ramuan - ramuannya: iPhone 5 dan aplikasi VSCOCAM.

Majalah dan buku lama.

Uncle ni pun orang lama.

Basikal dan tempayan lama.

Seterika, kipas, acuan bahulu & dan lain - lain yang lama.

Sempoa lama dan rakan - rakannya. (Yang juga lama).

Piring hitam lama.

Tin Milo & Everyday lama. Quaker Oat tu macam tak berapa nak lama.

Sarang burung tempua & Pakcik Ketayap.

Jata Negara Malaysia dan VW Combi (Kombi).

Coke.

Laugh Certificate? Hemmm...

F&N.

Lepas penat "browsing" di Loken, aku dan Fadly Sabran pegi makan Nasi Ganja Yong Suan. Padu.

Akhir sekali, ingatkan tak nak beli apa - apa, tapi inilah kesudahannya. 
1. Nat Geo Mag Back Issues RM3 X 4 = RM12
2. The Illustrated Weekly of India RM2 X 5 = RM10
3. Tawarikh Dunia Sekolah Menengah (Buku Satu) RM20 X 1 = RM20
Jumlah: RM42

Post seterusnya nanti aku tunjuk isi buku/majalah dan sebab kenapa aku beli.

Sekian,
Terima Kaseh.

Alamat & GPS Pasar Loken:
Jalan Horley Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak. 
4.598863, 101.082979



5 comments:

  1. Waaaaaaa manyak best woooo... aku berkenan kat Vinyl tu

    ReplyDelete
  2. dalam byk2 gambo.. 2 terakhir paling aku suke.. nasik! huhu..

    ReplyDelete
  3. nasik ganja weh, sape yg tak suke dia tipu diri sendiri miahahah

    ReplyDelete
  4. Dear Sir,

    I had been searching for this book
    Tawarikh Dunia Sekolah Menengah (Buku Satu)
    Tawarikh Dunia Sekolah Menengah Buku Satu
    (World History for Secondary Schools Book One)
    Penulis: N. Rajenda B.A. Hons, Dip. Ed. (Malaya)
    V. Rajendra B.A. Hons, Dip. Ed. (Queensland)
    Penterjemah: Hamidah Shamsuddin B.A. Hons, Dip. Ed. (Malaya)
    Bahasa: Dwibahasa (Melayu & Inggeris)
    Terbitan: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
    Cetakan: Cetakan 1972 (keenam)


    If you are still holding this book can you please sell it to me or please make a photocopy and sell it to me and I am prepared pay you the cost as requested by you.

    I am a History Lecturer. and my contact number is 012 350 3668. I am born in Kuala Kangsar Perak.

    Thanking you

    ReplyDelete